Tuesday 14 February 2012

Majlis Jamuan Apresiasi 2012

ISNIN, 13 FEBRUARI 2012, SSL TRADERS HOTEL - Dewan 'Ballroom' Hotel SSL Traders malam itu dipenuhi dengan para penerima anugerah kecemerlangan semester 2 2011 serta warga pengajar MRSM Taiping. 


Tujuan Majlis ini diadakan adalah bagi meraikan para pelajar yang berjaya mendapat keputusan PNG 3.5 dan ke atas serta markah terbaik dalam subjek tertentu semasa peperiksaan semester 2, 2011 yang lalu. 


Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi MUAFAKAT MRSM Taiping, yang turut berucap bersama-sama dengan Ayahanda Pengetua dalam menyampaikan amanat ibubapa para pelajar MRSM Taiping. Ayahanda Pengetua dalam ucapannya turut menyatakan bahawa beliau dan warga tenaga maktab bersedia untuk berkorban dan melaksanakan apa jua cara demi kecemerlangan warga pelajar MRSM Taiping keseluruhannya.


Para penerima anugerah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Jamuan Apresiasi kerana telah bertungkus-lumus menjayakan majlis-majlis tersebut. Terima Kasih Cikgu :)

Majlis Pelancaran Pusat Pelajar (Student Centre)

ISNIN, 13 FEBRUARI 2012, MRSM TAIPING - Pusat Pelajar, atau lebih dikenali sebagai Dataran Biru, pada hari ini dipenuhi dengan para pelajar MRSM Taiping yang hadir bagi menyaksikan Majlis Pelancaran Pusat Pelajar MRSM Taiping, yang dirasmikan oleh Pn. Hajah Hanisah Bt. Omar. 



Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 & Majlis Pelancaran Program PGG 2012

Semua warga Maktab Sains MARA Taiping mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penerima anugerah kecemerlangan bagi Semester 2, 2011. 


ISNIN, 13 FEBRUARI 2012, MRSM TAIPING - MRSM Taiping pada hari ini amat berbesar hati menerima kehadiran Pn. Hajah Hanisah Bt. Omar, Ketua Bahagian Pengurusan MARA yang sudi merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 yang berlansung pada pukul 2.45 petang hingga 4.45 petang hari ini. 


Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 diadakan bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan para pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping yang berjaya memperoleh keputusan PNG 3.5 dan ke atas semasa peperiksaan Semester 2, 2011 yang lalu. Seramai hampir 45% para pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping telah layak untuk menerima anugerah tersebut. 


Majlis pelancaran PGG 2012 juga turut diadakan serentak dengan perasmian Majlis Penyampaian Anugerah tersebut. Difahamkan proses perasmian majlis ini berjalan dengan meriah serta gilang-gemilangnya dengan penglibatan kerjasama pasukan Kor Kadet Polis MRSM Taiping serta Kelab Robotik MRSM Taiping. 


Diharapkan para pelajar MRSM Taiping dapat meningkatkan lagi usaha mereka ke arah mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran maktab. 





Form 4 Orientation Week

SUNDAY, 12 FEBRUARY 2011, MJSC TAIPING - MJSC Taiping was crowded with the new form 4 students, which were registering themselves in that day. They are about 350+ of them and it was known that there are more boys than girls in the 29th batch. First of all, welcome to the college.


They have attended a week full of orientation programmes. There were also slots for SKP to introduce themselves. Unfortunately for PPSP, their slot was cancelled at the eleventh hour due to the form five's award-giving ceremony rehearsal. 


The form four students have just finished their orientation week on Sunday, 12th of february 2012, ending with the exploration trip to the Taiping Zoo. 

Monday 13 February 2012

Petrosains Science Trail

SABTU, 11 FEBRUARI 2011, MRSM TAIPING - Para pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA Taiping dengan bersemangatnya melengkapkan "Jejak Sains" yang dianjurkan oleh Petrosains Sdn. Bhd.. 


Pertandingan "Jejak Sains" ini dianjurkan bersempena dengan kemenangan pelajar tingkatan 5 tahun 2011, iaitu Afifi dan Amsyar, dengan meraih tempat ketiga dalam "Petrosains Science Show Competition 2011". 


Program "Jejak Sains" ini merangkumi pelbagai aktiviti 'hands-on' berkaitan sains yang mencabar minda dan fizikal. Semestinya, terdapat proses pembelajaran secara tidak langsung dalam program tersebut, juga tidak dinafikan aktiviti-aktiviti tersebut sangat menarik dan menghiburkan para peserta.


Seramai 396 pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping yang dipecahkan kepada 99 buah kumpulan telah mengikuti program "Jejak Sains" yang juga menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan kepada para pemenang.


Walaubagaimana pun, setiap peserta mendapat sehelai t-shirt dan sijil penyertaan sebagai cenderahati. Semestinya pengalaman yang ditimba oleh setiap peserta semasa program ini amatlah berharga dan informatif. Sekian. PPSP 11/12