Tuesday 14 February 2012

Majlis Jamuan Apresiasi 2012

ISNIN, 13 FEBRUARI 2012, SSL TRADERS HOTEL - Dewan 'Ballroom' Hotel SSL Traders malam itu dipenuhi dengan para penerima anugerah kecemerlangan semester 2 2011 serta warga pengajar MRSM Taiping. 


Tujuan Majlis ini diadakan adalah bagi meraikan para pelajar yang berjaya mendapat keputusan PNG 3.5 dan ke atas serta markah terbaik dalam subjek tertentu semasa peperiksaan semester 2, 2011 yang lalu. 


Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi MUAFAKAT MRSM Taiping, yang turut berucap bersama-sama dengan Ayahanda Pengetua dalam menyampaikan amanat ibubapa para pelajar MRSM Taiping. Ayahanda Pengetua dalam ucapannya turut menyatakan bahawa beliau dan warga tenaga maktab bersedia untuk berkorban dan melaksanakan apa jua cara demi kecemerlangan warga pelajar MRSM Taiping keseluruhannya.


Para penerima anugerah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Jamuan Apresiasi kerana telah bertungkus-lumus menjayakan majlis-majlis tersebut. Terima Kasih Cikgu :)

No comments:

Post a Comment