Tuesday 14 February 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 & Majlis Pelancaran Program PGG 2012

Semua warga Maktab Sains MARA Taiping mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penerima anugerah kecemerlangan bagi Semester 2, 2011. 


ISNIN, 13 FEBRUARI 2012, MRSM TAIPING - MRSM Taiping pada hari ini amat berbesar hati menerima kehadiran Pn. Hajah Hanisah Bt. Omar, Ketua Bahagian Pengurusan MARA yang sudi merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 yang berlansung pada pukul 2.45 petang hingga 4.45 petang hari ini. 


Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 diadakan bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan para pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping yang berjaya memperoleh keputusan PNG 3.5 dan ke atas semasa peperiksaan Semester 2, 2011 yang lalu. Seramai hampir 45% para pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping telah layak untuk menerima anugerah tersebut. 


Majlis pelancaran PGG 2012 juga turut diadakan serentak dengan perasmian Majlis Penyampaian Anugerah tersebut. Difahamkan proses perasmian majlis ini berjalan dengan meriah serta gilang-gemilangnya dengan penglibatan kerjasama pasukan Kor Kadet Polis MRSM Taiping serta Kelab Robotik MRSM Taiping. 


Diharapkan para pelajar MRSM Taiping dapat meningkatkan lagi usaha mereka ke arah mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran maktab. 





No comments:

Post a Comment