MARESMART Limelight™



JEJAK SAINS PETROSAINS 2012



SABTU, 11 FEBRUARI 2011, MRSM TAIPING - Para pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA Taiping dengan bersemangatnya melengkapkan "Jejak Sains" yang dianjurkan oleh Petrosains Sdn. Bhd.. 

Pertandingan "Jejak Sains" ini dianjurkan bersempena dengan kemenangan pelajar tingkatan 5 tahun 2011, iaitu Afifi dan Amsyar, dengan meraih tempat ketiga dalam "Petrosains Science Show Competition 2011". 

Program "Jejak Sains" ini merangkumi pelbagai aktiviti 'hands-on' berkaitan sains yang mencabar minda dan fizikal. Semestinya, terdapat proses pembelajaran secara tidak langsung dalam program tersebut, juga tidak dinafikan aktiviti-aktiviti tersebut sangat menarik dan menghiburkan para peserta.

Seramai 396 pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping yang dipecahkan kepada 99 buah kumpulan telah mengikuti program "Jejak Sains" yang juga menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan kepada para pemenang.

Walaubagaimana pun, setiap peserta mendapat sehelai t-shirt dan sijil penyertaan sebagai cenderahati. Semestinya pengalaman yang ditimba oleh setiap peserta semasa program ini amatlah berharga dan informatif.



'TEAM-BUILDING' TINGKATAN 5 MRSM TAIPING


Jumaat 13 Januari 2012, MRSM Taiping - Dewan Sri Larut sekali lagi disesaki oleh para pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping, bagi menjalani aktivti 'team-building' selama 3 hari bermula pada hari tersebut. 


Terdapat kaunselor jemputan khas daripada MRSM Baling, MRSM Lenggong dan MRSM Kepala Batas bagi membantu menjayakan aktiviti-aktiviti ini. Aktiviti ini diadakan untuk para pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping adalah untuk menguatkan semangat kerjasama dalam kalangan mereka. 


Semua aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan majoritinya mengikut homeroom masing-masing telah berjalan dengan lancar dan jayanya.


PENUKARAN MENU


MRSM Taiping - Bermula pada 16 Januari 2012, menu makanan pada minggu tersebut ditukar kepada menu baru. Selari dengan keadaan semasa di mana ramai pelajar lepasan MRSM telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, bagi membiasakan para pelajar MRSM dengan menu ala 'continental'. Walaubagaimana pun, menu pada minggu tersebut dan seterusnya hanya untuk percubaan sahaja, di mana selepas itu pandangan daripada para pelajar terhadap menu baru akan diambil berat demi keselesaan para pelajar.

HARI RUNDINGCARA AKADEMIK KALI PERTAMA 2012

JUMAAT 20 Januari 2012 MRSM Taiping - Ibu bapa para pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping pada hari ini mengerumuni Dewan Sri Larut dan Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Taiping, bagi menjalani sesi rundingcara akademik bersama guru masing-masing.


Tujuan Hari Rundingcara Akademik diadakan adalah untuk memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh para pelajar MRSM Taiping sekaligus mencari penyelesaian 'face to face' yang diharapkan membantu para pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping.


PERHIMPUNAN RASMI KALI KE-2 2012


ISNIN 16 Januari 2012, MRSM Taiping - Dewan Sri Larut pada hari ini telah menyaksikan perhimpunan rasmi kali ke -2 bagi tahun ini. 

Pada hari ini, sesi "Spot Talk" telah bermula buat kali pertamanya bagi tahun ini. Antara pelajar yang terpilih untuk memberikannya ialah Mohamad Akmal b. Sharil (Presiden PPSP 11/12).

Majlis ini diteruskan dengan ucapan dariapada timbalan-timbalan pengetua MRSM Taiping. Secara umumnya, ucapan mereka pada hari ini memberi penekanan terhadap aspek keceriaan dan kebersihan kelas. Sehubungan dengan itu, terdapat peraturan-peraturan baru yang telah ditetapkan, dikatakan lebih menjimatkan dan mudah, dalam menjaga kebersihan dan keceriaan  kelas masing-masing.

PERHIMPUNAN RASMI KALI PERTAMA 2012

RABU 4 Januari 2012, MRSM Taiping - Perhimpunan rami kali pertama bagi tahun 2012 telah berlansung pada hari ini. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh ayahanda pengetua MRSM Taiping, Tn. Hj. Rozali B. Mamat. 

Kata beliau, pada tahun ini MRSM Taiping telah mendapat peruntukan sebanyak RM500,000. Beliau juga telah menyampaikan keputusan kedudukan MRSM Taiping bagi setiap subjek dan keseluruhan dalam MRSM Se-Malaysia. Menurut beliau juga, MRSM Taiping telah jatuh kepada kedudukan ke-4, walaubagaimana pun keputusan pencapaian keseluruhan pelajar tingkatan 5 MRSM Taiping dikatakan meningkat. Berikutan hal ini, pihak pentadbiran MRSM Taiping telah merancang program-program bagi membantu pelajar tingkatan 5 2012 MRSM Taiping untuk me'lompat saujana' ke arah kecemerlangan bagi tahun ini dan juga bagi mencapai target GPM 0.8 pada SPM tahun ini.

MOTIVASI BERSAMA DR. SHUKRI ABDULLAH


SELASA 3 Januari 2012, MRSM Taiping - Semua pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) Taiping mengikuti sebuah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Shukri Abdullah di Dewan Sri Larut pada hari ini. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat dan motivasi diri calon-calon SPM 2012 MRSM Taiping bagi menghadapi peperiksaan tersebut pada hujung tahun ini. 

Terdapat beberapa perkara penting yang ditekankan oleh beliau semasa program berkenaan. Secara umumnya, program ini berjalan dengan lancar.


SELAMAT KEMBALI PELAJAR MARESMART!


ISNIN 2 Januari 2012, MRSM Taiping - Dengan bermulanya sesi persekolahan pada 4 Januari 2012, para pelajar MRSM Taiping sudah pun pulang ke alma mater mereka pada hari ini. 

Dengan wajah keazaman yang baru, tahun 2012 diharapkan menjadi lebih mudah dan bersemangat bagi mereka kerana mereka akan menghadapi peperiksaan penting dalam alam persekolahan menengah, iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.