La Contourner

Logo PPSP - La Contourner

Logo La Contourner merupakan logo rasmi PPSP 11/12. Dalam sejarah kepengawasan PSP, terdapat 2 buah logo yang telah menjadi identiti kepada oranisasi ini. Logo pertama telah dicipta oleh PPSP 09/10. La Contourner yang membawa maksud Mesra (Direct Meaning : Get Around)  dalam bahasa Perancis.

Ciri-ciri signifikan yang dapat dilihat pada logo ini ialah bentuk bulatan. Ciri ini membawa maksud usaha dan semangat yang tiada penghujungnya. Hal ini kerana usaha yang berterusan di samping semangat yang berkekalan menerajui dan menggerakkan aspek-aspek  penting dalam sesebuah organisasi itu.

Kemudian, terdapat satu separa bulat yang nampaknya bergerak keluar daripada bulatan asas. Hal ini membawa maksud "out of the box" (tetapi dalam hal ini "out of the circle"), yang pula bererti berfikiran lebih jauh dan kreatif daripada kebiasaanya untuk mencapai sesuatu matlamat. Hal ini menggalakkan inovatitiviti dan kreativiti dalam setiap ahli dalam organisasi ini dan setiap matlamat yang tercapai membuahkan hasil yang lebih cemerlang.

Seperti pada Jalur Gemilang (bendera Malaysia), warna merah pada logo ini membawa maksud semangat. Semangat merupakan aspek penting dalam memotivasikan ahli-ahli untuk terus bergerak memajukan organisasi ini.

Warna jingga pula bermaksud keinginan (enthusiasm) yang tinggi untuk mencapai sesuatu matlamat. Keinginan mampu melahirkan keikhlasan dalam pekerjaan yang dilakukan, oleh itu dapat membuahkan hasil yang memuaskan dan menarik.

Warna perang gelap pula membawa erti kesediaan untuk menghadapi sesuatu. Warna yang beransur gelap, iaitu daripada jingga ke hitam, memperlihatkan kehamonian dan kepelbagaian dalam sesuatu proses. 

Warna hitam pula bermaksud kesetiaan dan warna putih yang melatar belakangkan logo ini bermaksud kesucian dan amanah.  


Animasi Logo La Contourner - Klik