Saturday 21 April 2012

UTM Bridge Model Competition 2012

17-19 April 2012, Universiti Teknologi Malaysia - MRSM Taiping telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam kategori keseluruhan dalam Pertandingan Model Jambatan Universiti Teknologi Malaysia 2012 pada 19 April yang lalu. 

     Terdapat empat kjumpulan yang telah mewakili MRSM Taiping ke pertandingan tersebut, iaitu The Timex, The Line 5, dan The Clairvoyant. Jambatan The Clairvoyant berjaya mendapat tempat ke-17, The Timex pula mendapat tempat ke-14 dan The Line 5 pula berjaya meraih tempat ke-4 dalam kategori Lightness and Strength. The Line 5 yang diwakili Faiz telah berjaya memenangi tempat ke-3 bagi kategori keseluruhan yang merangkumi kategori Lightness and Strength, Estetika dan Kebolehbinaan serta Multimedia dan Poster. Kumpulan The Line 5 juga berjaya meraih pingat emas, manakala kumpulan The Timex dan The Clairvoyant pula berjaya memenagi pingat perak. 

     Tahniah diucapkan kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya mengharumkan nama MRSM Taiping di sana. Semoga kejayaan ini mendorong kejayaan yang lebih besar pada masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment