Saturday 21 April 2012

Science and Engineering Design Exhibition 2012

18 - 19 April 2012, Universiti Teknologi Petronas - Nama MRSM Taiping sekali lagi berjaya diharumkan oleh tiga buah kumpulan yang mewakili MRSM Taiping ke Science and Engineering Design Exhibition (SEDEX), di Universiti Teknologi Petronas, berjaya meraih pingat emas. 

     Pertandingan yang dianjurkan oleh UTP itu telah disertai oleh lebih daripada 30 buah kumpulan daripada seluruh negara pada peringkat sekolah. Kumpulan-kumpulan yang telah mewakili MRSM Taiping ke sana diketuai oleh Aizat Suhaimi (Portable Charger), Mohd. Luqman (Bio Oil from Rice Husk) dan sebuah kumpulan daripada tingkatan empat (Aeroplane Wing Design). Alhamdulillah, ketiga-tiga kumpulan ini berjaya meraih pingat emas dalam acara tersebut.

     Pihak Pusat Sumber Pembelajaran mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharumkan nama MRSM Taiping. Berikut merupakan gambar-gambar suasana pertandingan tersebut dan ciptaan mereka;












1 comment: