Friday 30 March 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2011

JUMAAT, 30 MAC 2012, TAIPING - Dewan Sri Larut sekali lagi menyaksikan kehadiran bekas-bekas pelajar cemerlang SPM 2011 MRSM Taiping. 

Dirasmikan oleh Abd Rahim Bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah MARA Pendidikan, Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan para pelajar tingkatan 5 2011 dalam SPM 2011. Setiap penerima anugerah mendapat sejumlah wang tunai dan plak, diikuti dengan penyampaian anugerah kepada para guru yang berjaya menlonjakkan kedudukan subjek masing-masing dalam carta SPM MRSM 2011. Ahli Pentadbiran Maktab juga dinyatakan dalam penrimaan anugeah tersebut.

Tahniah diucapkan kepada semua para penerima anugerah dan warga maktab yang sudah bertungkus-lumus menjayakan impian MRSM Taiping. Diharapkan dengan kejayaan ini dapat meningkatkan semangat para guru dan staf dalam mendidik dan membimbing para calon SPM 2012 dalam SPM tahun ini. Semoga kejayaan ini berkekalan sehingga ke akhirnya.

No comments:

Post a Comment