Wednesday 28 March 2012

Ceramah Perakaunan

MRSM TAIPING, 26 MAC 2012, ISNIN - Seramai kira-kira 400 orang peserta daripada MRSM Taiping, MRSM Balik Pulau, MRSM Lenggong, MRSM Felda Trolak, MRSM Baling dan MRSM Transkrian telah menyertai sebuah seminar mengenai kerjaya perakaunan di Dewan Sri Larut, MRSM Taiping. 

Seminar anjuran MRSM Taiping bersama universiti-universiti tempatan dan beberapa institusi perakaunan ternama iaitu CIMA dan MIA telah terlibat dalam menjayakan seminar ini. 

Dalam seminar tersebut, beberapa input dan informasi mengenai kerjaya perakaunan dan masa depan kerjaya tersebut didedahkan kepada para peserta. Seminar seperti ini juga julung kalinya diadakan di MRSM Taiping. Beberapa aktiviti fizikal selain daripada ceramah telah menghidupkan para peserta dalam seminar tersebut.

Seminar ini berakhir pada pukul 5.30 petang, dengan sesi penyampaian hadiah yang juga ditaja oleh badan-badan tersebut. Diharapkan aktiviti dan program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment